DUWET KAWEN

Thursday 23 August 2012

Kisah Seram: Sape kah Mamat tu?

# Ini kisah benar yang berlaku pada seminggu sebelum berhari raya. Bukan berniat nak takutkan sesapa terutama nya junior-junior yang bakal masuk UUM.

Pada 15.08.2012 bersamaan hari Rabu..hari tu saya masih bekerja. Kat rumah sewa saya di Taman Sisiran UUM tu..hanya tinggal saya dan roomate saya iaitu Fatin. Housemate laen dan jiran kat sebelah kanan dah lama balik kampung, manakala jiran kat sebelah kiri masih ada lagi. Pada petang di hari Rabu tuh, saya dan Fatin pegi beli juadah berbuka puasa kat Bazar Ramadhan Changlun..dan berlaku lah dialog antara kami

Apekah?
Fatin: Nurul, malam ni mintak tolong kau hantar kan aku ke bus station ye.

Aku: Bole..no hal. Bas hang pukul berapa ha?

Fatin: Pukul 9.30 malam. Bole?

Aku: Ok bole...pukul 8.45 kita keluar la..aku takut balik sorang2 nanti.

Fatin pun setuju nak keluar awal. Tapi kitorang nih memang slow-motion. Berbuka puasa punya la lama..pastu Fatin pun belum siap kemas beg dia. Saya pun layan kan aje..sedangkan jam dah tunjuk pukul 8.30malam. Nak di pendekkan cerita, pukul 9.15 malam baru kitorang bertolak dan sampai ke bus station tepat 9.30 malam..tapi bas nye belum sampai. Naseb baek!

Lepas bersalam-salaman, Fatin berpesan kat saya..

Fatin: Kau jangan ikot jalan highway tu sunyi xbanyak kete..kau ikot je jalan shortcut..banyak kete.

So, saya gerak balek dalam pukul 10.00 malam. Atas pesanan Fatin, saya ikot jugak jalan shortcut tu..walaupun jalan shortcut tu gelap,jalan kampung..tapi banyak kereta guna jalan tu. Takde la takot sangat kan.

Pabila hampir ke UUM (sebelum EDC-UUM), tiba-tiba ada penunggang motosikal ni memotong kereta saya. Sejak bila pulak ada motor..padahal dari tadi kereta saya sorang je kat atas highway Sintok tuh..Pastu dia slow kan motor dia. 

Dalam hati, saya ingat mamat tu Mat Rempit dok main-main. Dia pakai baju hitam, helmet hitam. No plat tak nampak pulak..haha. Saya pun potong balik motor dia, dan sempat menjeling ke side-mirror kiri saya sebab nak tengok muka Mat Rempit tu..(kot-kot la comel). Terus saya rasa meremang bulu roma dan panas di kepala.. sebab dalam side mirror tu, saya tak nampak penunggang motorsikal tu. Mustahil..!!! Padahal baru je saya potong tak sampai sesaat lah. 

Tapi saya tak pikir apa-apa..mungkin mamat tu masuk simpang.. (padahal mana ada simpang dah.. jalan lurus je). Dan malam tu saya tido kat umah sewa tu sorang-sorang..saya tak rasa takut sangat sebab anak-anak jiran saya tu sibuk main bunga api.

Esok nya saya Google "Kisah Seram UUM"..saja nak baca..dan ada di antara orang-orang kat forum tu berkongsi cerita mengenai Kisah Seram Penunggang Motorsikal...terus saya teringat insiden semalam. Hah..adakah pada malam tu saya terkena? Huu~ Lambat loading betoi..dan lepas baru nak seram..Adeh~!!


# Psssttt..Kalo korang berani...Google la~

Sapekah anda wahai penunggang motorsikal di malam hari?

# Notis: Kisah ini adalah perkongsian pengalaman sebenar saya, tidak berniat untuk menjatuhkan imej mana2 pihak yang disebut dalam perkongsian ini. Harap maklum.

Monday 20 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hellowwww fella bloggersss~ 

How's ur raya this year? Me..? 
Tahun nih hari raya saya sambut secara sederhana je coz of my dad's health condition. 
Dah sebulan actually my dad dapat sakit 'misteri' nih. 
Dah pegi berubat sampai Ipoh..but still..xde penyelesaian. 
Haihh..apakah semua ini? Mungkin ujian dari Allah S.W.T
Beberapa minggu sebelum raya, saya amek cuti seminggu sebab nak jaga abah kat umah. 
Sampai la hari nih. Walaupun keadaan abah macam tuh, abah gigih gak sambut raya. 
Terima kasih banyak2 kepada semua yang datang menjenguk abah kat umah. 


Kepada abah,
Semoga abah cepat sembuh, nanti bole pegi majlis konvokesyen adik bulan Oktober ni. 
Adik nak abah tengok adik naik pentas. Kalau abah x pegi, konvo tu xda makna bagi adik. Xnaik pentas pun xpe. 


Here are some pics taken during my raya celebration..~~

Sesi bergambar bersama family yang comel-comel sume nye...ekekeeke


Sesi beraya ke umah kawan baek..dari kiri tuh zaty..dini dan saye..wawawaaa



Wednesday 15 August 2012

" Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Utara Malaysia"


Hye..hye...
saya join lah segmen nih..menarekkkk~ 
Korang gak di jempot join la okeyh? 
Sama2 dapat kawan baru dari Universiti laen...hehehe...
Kepada yang berminat nak join gak, korang yang dah keje pun boleyh join.
sila lah klik banner tuh eyh?

Saya tag kawan sekelas saya masa zaman degree - Classmate: Athirah

Ni gambo kitorang photoshoooooooot kat Padang Golf UUM.. Yang baju kuning tuh saye lahh

Opss...Selamat Hari Raya AidilFitrti u olls~~!!

Tuesday 14 August 2012

Err..saya blom register, camne nak start research?


Mampu kah baca?
Warghhhhhhhhhhhhh~~~!!! Sebenar nya nih entry semalam yang bertarikh 14.08.2012 tapi tak sempat nak publish..Ok, mengikut tarikh saya register untuk Master by Research adalah pada 29.08.2012 bermakna lambat lagi la kan. So, saya langsung la tak sentuh research untuk Master saya tuh. Saya lebih menumpukan tugas2 RA yang berlambak-lambak sampai penuh meja saya nih dengan paper!! Haihh...entah dah berapa banyak pokok habes kena tebang untuk paper research nih kan. Tangan kiri pegang laptop, tangan kanan pegang PC. Multi-tasking!!

Pasal Master saya pulak, proposal suma dah ada cuma belom extract jadi yang 4 chapter tuh lagi. Yela ... semestar kan start September nanti..nak kalot watpe? Then tetiba Supervisor saya yang anggun tu call saya, suruh saya datang jumpa dia di opis. Ingat kan beliau nak kasi duwet raya..harapan!

Dengan slumber nya beliau cakap:

Beliau: OK, Esok pagi awak bawak Gantt Chart awak eyh? Saya nak tengok apa plan awak untuk Master  awak and research awak tuh. (Muka Slumber)

Saya: Errrr... Prof, saya tak buat lagi. Kan semestar start bulan 9..and saya belom register sbg student master. Boleh ke start research dah?

Beliau: Tak perlu tunggu2 buang masa buat apa? (ayat sentap).. saya nak awak habis kan master 1 tahun setengah.

Saya: Bukan 2 setengah tahun ke Prof?

Beliau: Cepat habis, cepat sambung phd. (phd pulak? mampos aku...). Awak nak jadi Dr. tua ke? (Ayat sentap kali kedua). Esok saya nak tengok gantt chart. Takpun petang nih kalo awak dah siap buat.

Saya: (Adehhhh) Ehhh....esok pagi ye prof. Bagi saya google dulu apa yang patut...(T__T)

Beliau: OK. (Senyum puas). Januari 2013 awak defense proposal ok!

Saya pun mengangguk faham lalu mengemas2 fail dan terus mintak izin nak blah. Tetiba jugak supervisor saya cakap

Perlukah aku jadi burung hantu?
Beliau: Ohh ye. Kalo dah buat master dgn saya, saya taknak awak keja part time. Kalo saya dapat tahu. Siap awak. UUM ni kecik je.

Saya: (Senyum redho~). 


Dan malam saya di penuhi dengan aktiviti buat gantt chart. Bukan senang nak plan. Lepas bukak puasa..sampai la nak sahur, benda tu la yang saya ngadap. Kelas Research Methodology pon saya belum masuk lagi. Macam mana saya nak plan? Naseb baek ada Pakcik Google yang sering menolong di saat-saat genting~~!!! Argghhh~!!!

OMG!!!!! Begini kah rasa nya wat research? Begini kah rasa nya bekerja dengan legenda di Fakulti nih? Redho~

Hooo...hoooo..(Bunyik burung hantu)

Kepada Awak

Surat Alam Maya untuk Awak

Hye awak, awak sehat tak? Saya tahu awak sehat jer..sebab awak selalu senyum dan ketawa. Tapi tak tahu lah kalau senyum dan ketawa tu dah memang hobi awak kan? 

Awak tahu tak,setiap kali awak ada kat depan mata saya...bibir saya terkunci..bagaikan orang bisu..saya hanya mampu mengatakan betapa saya gembira hanya dari sinaran yang terpancar dari mata saya. Betol...tak tipu...mata saya bersinar macam spotlight tau!! 

Awak tahu tak, tak salah nak main hujan. Tapi hujan tu boleh buat awak demam. Lain kalI bawak la payung.  Kalau saya dekat, saya boleh pinjam kan payung purple saya tu. Tapi saya jauh....saya jauh...

Awak tahu tak, setiap kali saya dengar suara awak, saya rasa dunia nih tak perlu kan muzik... suara awak sudah cukup buat saya terhibur..bagaikan alunan yang indah untuk telinga saya....Serius, suara awak comel..comel macam awak jugak. 

Awak tahu tak, sebenar nya dah banyak puisi saya tulis untuk awak. Saya ni bukan orang Seni Sastera. Saya benci belajar Sastera kat sekolah..dan saya benci jawab soalan Penulisan masa sekolah dulu. Saya cepat mengantuk kalau baca novel. Tapi saya tak tahu la kan, entah kuasa apa yang awak guna...saya berjaya bermain dengan bahasa..hanya kerana awak. Rasanya macam nak karang novel kisah tentang awak. Tapi saya risau takde sape pulak yang nak membeli novel tu nanti. Rugi la kan awak.

Ok la awak...jaga diri. Raya nanti datang rumah tau. Kuih raya kat umah saya tuh semua saya buat sendiri. Tak maen la beli-beli kat kedai. Heee~




Monday 13 August 2012

FT Island - Even Had Lost A Friend 친구마저 잃었다


FT Island - Even Had Lost A Friend 친구마저 잃었다
HANGUEL
해질녘 보채는 발걸음을 따라와 앞을 서성인다
마침 멀리서 오는 보고 있다 죄진 듯이 숨어 본다
우린 어쩌다 사랑하고 어쩌다 헤어져서
다신 만나게 남보다 남이 거야
내가 그때 사랑해서 미안하다
끝까지 지킬 사랑 못해 미안하다
친구인 채로 곁에서 지켰었다면
평생 봤을 텐데 친구마저 잃었다
부르면 여전히 달려올 같아 이름 부를 했어
그리 야위었니 탓인 것만 같아 심장이 터질 같아
혹시 누군가 새로 만나 둘이 봤다면
마음은 시려도 돌아서긴 쉬울지 몰라
내가 그때 사랑해서 미안하다
끝까지 지킬 사랑 못해 미안하다
친구인 채로 곁에서 지켰었다면
평생 이별은 없을 텐데 친구마저 잃었다
잠시여도 사랑해서 고마웠다
너의 남자로 사는 동안 행복했다
말을 전할 시간은 다시 오지 않음을
이별할 때도 이별이 뭔지 바보처럼 몰랐다
네가 있는데 네가 없다.

ROMANIZATION
haejilnyeok bochae-neun bal-keo-reumeul ttarawah ne jib apeul seoseon-ginda
ttae machim meolliseo oneun neol bogo it-da jweh-jin -deushi sumeo neol bonda
urin eocheoda sarang-ha-go eocheoda heyeojyeoseo
tashin mot manna-ge namboda deo nami dwehn geoya
nae-ga keuttae neol sarang-haeseo mianhada
kkeut-kkaji jigil sarang mothae mianhada
chinguwin chaero ne gyeoteseo neol jikyeosseot-damyeon
pyeongsaeng neol bwah-sseul tende chingumajeo irheot-da
bureumyeon yeojeonhi tallyeo-ol keot man gata ne ireum bureul ppeon haesseo
waeh keuri yawiiyeo-nni nae tashin geonman gata shimjangi kkok teojil keot kata
hokshi nu-gunka saero manna du-ri dwehn neol bwaht-damyeon
ma-eumeun shiryeodo do-raseo-gin shwii-ul-ji molla
nae-ga keuttae neol sarang-haeseo mianhada
kkeut-kkaji jigil sarang mothae mianhada
chinguwin chaero ne gyeoteseo neol jikyeosseot-damyeon
pyeongsaeng ibyeo-reun eopseul tende chingumajeo irheot-da
jamshiyeodo nal sarang-haeseo komawot-da
neoye namjaro saneun dongan haengbo-khaet-da
keu ma-reul jeonhal shi-ganeun tashi oji anheumeul
ibyeorhal ttaedo ibyeo-ri mwonji pabocheoreom mollat-da
ni-ga i-nneunde ni-ga eopt-da.
ENGLISH
Following the footsteps that wished for the sunset
I follow you to your home and walk up and down in front of your house
At that point, I saw you coming from far away
As If I committed a sin, I hid as I watched you

How did we come to love and how did we come to break up
How did we become no better than strangers that we can't ever see each other again?

I'm sorry for loving you back then
I'm sorry for not protecting our love till the end
If only I protected you by your side as a friend
Then I would've seen you forever but I even lost a friend

If I call out, it feels like you'll come running to me as always
So I almost called out your name
Why did you get so thin - it feels like my fault
It feels like my heart is about to burst

If I saw you together with someone new
My heart would've been cold but it would've been easier to turn back

I'm sorry for loving you back then
I'm sorry for not protecting our love till the end
If only I protected you by your side as a friend
Then I would've seen you forever but I even lost a friend

Thank you for loving me even for a moment
I was happy when I was your man
Because a chance to tell you this did not come again
Even when we were breaking up, like a fool, I didn't know what breaking up meant

You're here but you're not here




FT Island - Even If It's Not Necessary


FT Island - Even If It's Not Necessary 
OST Hearstring
꼭은 아니더라도

HANGUL
꼭은 아니더라도
아주 우연히 라도
문득 스치듯 떠오를까요
많이 모자라지만
잠시라도 그댈 웃게 했던 나

서툰 사랑에 아파서 깨지만
좋은 기억이 있었다면
한 번쯤은 떠 오르겠죠

나를 닮은 사람 만나면 그땐 기억할까요
나와 듣던 노래 듣는다면 기억할까요
내 이름과 같은 사람 만나면 그땐 기억할까요
꼭은 아니더라도 한 번은 나를 기억해줘요

요즘은 어떤가요
그대 안부를 묻죠
이런 내 말을 듣게 된다면
나를 잊었더라도
혹시 나를 떠올릴 수 있을까

한 순간이라도 행복했다면
내가 그 이유가 된다면
한 번쯤은 떠오를테죠

나를 닮은 사람 만나면 그땐 기억할까요
나와 듣던 노래 듣는다면 기억할까요
내 이름과 같은사람 만나면 그땐 기억할까요
꼭은 아니더라도 한 번은 기억해줘요

나는 다르죠
그댈 닮은 사람 없어도 나는 그댈 기억하니까
어디서든 무얼해도 나는 기억하니까
그대 이름 같은 사람 없어도 나는 기억하니까
내가 숨쉬는 동안은 그대 기억하니까
나는


ROMANIZATION
kkoteun anideorado aju uyeonghi rado
mondeuk seuchideut ddeooldeulkkayo
manhi mojarajiman jamshirado keudael utkae haetdeon na

seotunsarangae apaseo kkaejiman
joheun gieoki eobseotdamyun
hanbeonjjumeun ddeo oreukaetjyo

narul dareun sarammannamyun keuddaen gieokhalkkayo
nawa deutdeon norae deutnundamyun gieokhalkkayo
naeireumgwa gateunsaram mannamyun keuddaen gieokhalkkayo
kkoteun anideorado hanbeoneun nareul gieokhae jweoyo

yojumeun eoddeongayo
keudaeanbureul mutjyo
ireonnaemareul deutkae dwindamyun
nareulitseotdeorado hokshi narul ddeoolrilsu itseulkka

hansunganirado haengbokhaetdamyun
naega keuiyuga dwindamyun
hanbeonjjumeun ddeooreultenjyo

nareul dalmeun saram mannamyun keuddaen gieokhalkkayo
nawa deutdeon norae deutnundamyun gieokhalkkayo
naeireumgwa gateunsaram mannamyun keuddaen gieokhalkkayo
kkoteun anideonrado hanbeoneun gieokhaejweyo

nanun dareujyo
keudael dameun saram eobseodo nanun keudael gieokhalnikka
eodiseodeun mueolhaedo nanun gieokhanikka
keudae ireum gateunsaram eobseodo nanun gieokhanikka
naega sumswinundonganeun keudae gieokhanikka
nanun



ENGLISH
You don't have to but if by chance,
Would you remember me ?
I wasn't talented but I made you laugh for a little while.

Although you wake up hurt from poor love
If there were no good memories,
You would remember it atleast just once.

Would you remember me if you meet someone like me ?
Would you remember me if you hear the song that we used to listen to ?
Would you remember me if you meet someone with same name as me ?
You don't have to but please remember me atleast just once...

How are you lately ?
I ask about you.
I wonder if you hear me...
Even if you forgot already, could you remember me again ?

If you were happy for just one moment,
If I can be the reason for that...
You will remember me atleast just once ?

Would you remember me if you meet someone like me ?
Would you remember me if you hear the song that we used to listen to ?
Would you remember me if you meet someone with same name as me ?
You don't have to but please remember me atleast just once.

I am different...

I remember you without someone like you !
I remember you whatever you do somewhere !
I remember you without someone with same name as you !
I remember you all the while I breath...

I am



Best Cita nih...sila layan


Saturday 11 August 2012

Sambung lagiiiii.......kembali menelaah~~!!

Salam 1 Malaysia u olls (Skema nya)...


Maka terjawab la persoalan di minda sama ada nak sambung belajor atau nak terjun ke industri. Alhamdulillah Tuhan bagi rejeki untuk saya untuk sambung belajor lagi. (Rejeki bulan posa + raya..hehe). 

Kalo nak di ikot kan tak nak ngadap buku nih...Spek mata pun makin hari makin tebal ke'inci'an nya. Namun memandangkan minat saya lebih cenderung dalam dunia akademik..maka saya mengambil keputusan untuk sambung belajor..kembali ngadap buku..kembali pegang pen..kembali duduk asrama..dan kembali berlegar-legar di Fakulti.

Sebab saya pilih UUM? Dekat ngan umah dan dah familiar dengan selok-belok dalam UUM nih..senang cita dari Sintok sampai Aloq Staq tuh tempat permainan lah... kah.kah.kah!!! Selain tuh, sambil belajor..sambil keja sebagai Research Assistant.. sedikit sebanyak membantu gak la memahami macam mana dunia postgrad nih dan yang penting dapat duit...x mau dah mintak PTPTN kan..bagi peluang untuk adik-adik pulak merasa BETAPA HEAVEN nya dapat PTPTN.. (Merana nak bayaq oiiiiii).

Orang cakap Master by Research nih susah nak mampos sebab x perlu masuk kelas dan perlu defense proposal... Yeke..? Xpe lah... redah jeeerrr... waawaawaaaa~ Haishhh!..Xpayah pikir lagi..jom RAYA dulu okeyh!!!! 

Thats all...thanks for reading~


Friday 10 August 2012

K-POP di kamus kan??

Salam Ramadhan Kengkawan yang di hormati dan di kasehi. Kaseh sgatt~

The Primadonna (Tegar FT ISLAND)



Tahu kah anda bahawa perkataan K-POP telah di kamuskan..errr... bermaksud telah di masukkan kewujudan nya ke dalam kamus yang paling lama di atas muka Bumi kita nih iaitu Oxford English Dictionary. Hahh kau~ Jangan maen-maen eyh ngan KPOP...masuk kamus tuuu~

KPOP yang membawa kepada maksud "Korean Pop Music" telah membukti kan bahawa Hallyu Wave (pengaruh Korea) yang semakin popular dan berkembang ke seluruh dunia dari semasa ke semasa. Hebat kan? Agak-agak...bila pulak M-POP nak di kamus kan? Keh3...oppss sorry~!! Tahun yang lepas jugak, Billboard Music Chart telah memasukkan KPOP sebagai music category... macam mana?!! 

Perkembangan KPOP nih sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi dan politik negara kelahiran KPOP tersebut iaitu Korea Selatan. Bukan Korea Utara ok? Jangan ngaku minat Korea bagai, tapi Korea Selatan dan Korea Utara pun tak boleh beza...haishh~ Apakah?! Satu company hiburan di Korea Selatan nun mengiktiraf Youtube sebagai platform yang membantu KPOP terus berkembang di serata dunia. Selain tuh, KPOP gak la yang mempengaruhi produk dari Korea terus berkembang seperti makanan, fesyen, video games dan jugak bahasa Korea!!

Harap-harap industri hiburan di negara ni pun boleh menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negara. Tapi menyumbang secara positif la..bukan negatif laaaa. Betol x?

Take care... thanks for reading~!!


Tuesday 7 August 2012

"Jom join Bloglist Cci"


Hye..hye... 
ngah blogwalking n terjumpa 1 belog yg saaaaaangat chomel 
dan membuatkan mata saya bersinarrr...haha! 
Siyessss belog nih comel..!!! 
Dan tanpa segan silu nya saya join segmen nih. 
Korang pon maseh boleh join segmen nih tau..

Syarat nya mudah je..korang bole pegi kat link tuh.
Ohh ye..

closed date is:
10/8/2012
Tepat Jam 9.00 mlm



"Saya Bukan Blogger Doodle"
(How I wish I can draw doodle..haihh)


Saturday 4 August 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya


Salam Ramadhan kengkawan

Dah hampir nak raya kita nih kan? Dah beli ke apa yg patot?
Sempena Hari Raya yg bakal tiba nih..
apa kata kita join segmen JOM TAMBAH KENALAN DI HARI RAYA nih.
Bole lah pakat-pakat beraya ke belog masig-masing kan? 
Mana tahu bole dapat duit raya..haha..harapann
Meh sini meh...

Korang di jemput join segmen nih dan sila lah klik link tuh dan lihat syarat-syarat penyertaan.



Thursday 2 August 2012

Di manakah chatbox ku??? Sini laaa~~

Salam...Hye cayang bebyyy...wekkk...kah3
wazzappp!!!

Di hari yang panas membahang dan membakar kulit nih. Saya nak wat 1 entry lah. Bukan entry berkenaan dengan minuman berais ketol, air-cond atau musim sejuk. Tapi entry yang berkenaan dengan di manakah chatbox ku?

Ekekekee.. bukannya apa, ramai yang cakap susah nya nak cari chatbox saya...rasa nya dah 5 org tegur. Korang x jumpe eyh? Sowie ye korang if u guys tersesat-sesat dan terkulat-kulat mencari chatbox saya..

Nampak x PUSH2TALK tuh? Heeee
Sebelum nih chatbox saya ada kat PUSH2TALK menu bar tu....saje saya tak nak letak semua nya dalam 1 page kan..rasa cam sesak pulak. Tapi takpe, sekarang saya dah tukar chatbox saya ..saya letak kat footer. So after this saya boleh balas balek kunjungan korang...dan korang plak jangan segan silu conteng-conteng kat chatbox saya tu ye..hehe

Take care..tata~~


Wednesday 1 August 2012

Muzium Teddy Bear di Korea? Ayuhh~!!!


Annyong againnn to eberiwan..posa tak ari nih? 
Sehat tak? 

Kenal tak sapekah Teddy Bear? 
Kalo x kenal, korang golongan alien bermata 8!! 

Alolohh..comey depa
Nama teddy bear di ambil sempena nama presiden  Amerika ke-26 iaitu Theodore Teddy Roosevelt. Ada sejarah pasal cite nih tapi cite len kali lah eyh? Sebab arini nak cite pasal muzium je.. ekekekke!!!

Entrance
Terdapat 1 tempat menarik di KOREA nun (entah bila laa buleh dapat p..PTPTN x setel lagi..helppp!!!).  Selalu nya kalau sebut Korea, orang asyik cakap pasal K-POP, Seoul dan Pulau Jeju kan? Hah, ada apa sangat kat Pulau Jeju tuh? Setakat pantai pokok2...Malaysia pun banyak aihhh!! 

Kat Malaysia (Penang) kita ada Toy Museum kan...manakala di Korea (Pulau Jeju dan Seoul), diorang ada Teddy Bear Museum ok. Kat muzium segala jenis teddy bear ada. 

Muzim nih pertama kali nya di buka pada 24 April 2001. Kat muzium nih, di pamerkan segala jenis teddy bear yang dari sekecik-kecik alam hingga la ke sebesar-besar alam...besar bangunan tak la kan? 

Pameran teddy bear nih bukan sekadar letak jadi tatapan awam. Namun, kesemua teddy bear tersebut disusun mengikut kronologi peredaran zaman sejarah serta kebudayaan kat negara Korea tuh. Ada penceritaan pada setiap susunan teddy bear tuh! Malah teddy bear dari zaman dulu-dulu hinggalah teddy bear terkini dan termahal iaitu rekaan Louis Vuitton yang bernilai 226 juta won..convert duit RM.....emmm.....lalalala... convert sendiri eyh? (Matematik nih payah sket..ekekekek!! ). 
Bisik-bisik apa tuh?

Unik gak kan muzium camnih. Saya rasa cam nak buat muzium mini teddy bear plak tapi kat dalam bilik tidur je laaa...keh3..!!!

Kalo korang pernah tonton Korean Drama yang bertajuk Princess Hours, ada 1 episod diorang shoot kat dalam muzium nih. Selain tuh, kalau korang layan Running Man, cuba tengok episod 53 kalo tak salah saya la kan. Misi nya diorang kena cari pelbagai jenis teddy bear yang dikehendaki. 

Nak cite lebih-lebih, saya belum pernah pegi sana lagi kan. Kang orang cakap saya nih kecoh pulak. Tapi ada menyimpan keinginan untuk pegi ke sana..Insya Allah. Ada tak nak ikot? Boleh menabung bersama. Bagi yang dah penah pegi, meh lerr share-share pa yg patot..hehe!

So kalo korang nak tahu dengan lebih lanjut.. rajin-rajin kan lah Google dengan sebaik mungkin...jangan asyik Google gosip retis je eyh? Hehe~~!!

Jom kita tengok gambar-gambar yang saya dapat dari Pakcik Google..
Teddy bear termahal Louise Vuitton


'Mona Lisa' di teddy bear kan

'Elvis' di teddy bear kan..ekekek

Teddy bear jual-jual coklat..err yang kanan nih buatpa nih??!! Haishh~

Hah, camna? Nak pegi tak?
Saya mesti la nak....
(tapi tabung masih penuh dengan syiling)
Haha..thanks for reading.
Take care and do leave a comment
bye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...