DUWET KAWEN

Tuesday 31 July 2012

Ada apa dengan nama-nama Korea?

Annyong eberiwan!!! 

Kebanyakkan orang KOREA mempunyai nama yang terdiri daripada nama keluarga di depan dan di ikuti ngan given name. 


Contoh nya LEE HONG KI
Lee = Surname / family name, Middle Name atau Given Name = Hong Ki


Dalam bahasa Korea (Hanguel), 이름 'iruem' dan 성 명 'seong-myeong' nih merujuk kepada family name dan given name. Terdapat 250 family names yang orang-orang Korea ni guna dan yang family names yang paling kerap digunakan ialah Kim, Lee dan Park. Boleh dikatakan separuh dari populasi masyarakat Korea terdiri daripada nama-nama tuh. Kalau mengikut western way, setelah perempuan berkahwin dengan lelaki..si perempuan akan menukar nama keluarganya kepada nama keluarga si lelaki kan? Tapi bagi masyarakat Korea, si perempuan perlu mengekalkan nama keluarga diorang. Cuma apabila mereka dah ada anak, nama anak perlu mengikut nama keluarga si suami tuh. Ini adalah berkenaaan dengan kepercayaan diorang bahawa mereka mewarisi ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Teringat dulu masa saya belajar dalam Kelas Bahasa Korea, 선생 seon-saeng-nim (Teacher Jun Sang) saya tuh susah sangat nak pronounce nama saya. Sebab kat dalam kelas tuh hanya ada 3 orang je student berbangsa Melayu. So, 선생 suruh kitorang ni translate maksud nama kitorang dalam bahasa English dan dia akan bagi nama Korea untuk kitorang. Maka nya,  nama Korea saya ialah No Sang Ae yang bermaksud Cahaya Kasih Sayang. Hahh...kasih sgattt~ Sampai sekarang nama tuh melekat kat saya terutama nya kawan-kawan yang berbangsa Cina. Diorang lebih ingat dan lebih senang panggil saya Sang Ae, instead of panggil saya Nurul. Hehe...tapi saya suka orang panggil saya Ribena.. keh3.


Jom check nama Korea korang kat sini.
Sekadar suka-suka tau. Jangan ingat betul-betul pulak eyh?


Surname : Nombor terakhir dalam tahun kelahiran anda

- 0: Park
- 1: Kim

- 2: Shin
- 3: Choi
- 4: Song
- 5: Kang
- 6: Han
- 7: Lee
- 8: Sung
- 9: Jung



Middle name: Bulan kelahiran anda

- 1: Yong

- 2: Ji

- 3: Je
- 4: Hye
- 5: Dong
- 6: Sang
- 7: Ha
- 8: Hyo
- 9: Soo
- 10: Eun
- 11: Hyun
- 12: Rae



Name : Hari lahir anda

- 1: Hwa

- 2: Woo
- 3: Joon
- 4: Hee
- 5: Kyo
- 6: Kyung
- 7: Wook
- 8: Jin
- 9: Jae
- 10: Hoon
- 11: Ra
- 12: Bin
- 13: Sun
- 14: Ri
- 15: Soo
- 16: Rim
- 17: Ah
- 18: Ae
- 19: Neul
- 20: Mun
- 21: In
- 22: Mi
- 23: Ki
- 24: Sang
- 25: Byung
- 26: Seok
- 27: Gun
- 28: Yoo
- 29: Sup
- 30: Won
- 31: Sub
Farewell party Kelas Korea


Thanks for reading! Take care!




Wordless Wednesday #3: For Him


Look at it
Say it
Feel it


Monday 30 July 2012

T.O.P @ Incheon Airport from Guangzhou (120729) [PHOTOS]


Lalalala...
kecomelan terserlah walaupun kepenatan 
Here are the pics of the T.O.P














# SOURCES 

너 란 사 람 - Jung Il Woo

OST FLOWER BOY RAMYUN SHOP


Hangul
너 란 사~람 도 이 렇 게
다시 또 나를 떠 나네
내 서~툰 사랑이 널 떠나 보내도
그 저 나는 그 자~리에
바 보 처럼 웃고있
바 보 처럼 웃고있죠
나 이제 널 지울수 있어
바 보 처럼 웃고있죠
바 보 처럼 웃고있죠
나 그 댈 보내야 하겠죠
너 란 사람 나 를 떠나가
내 맘은 미칠듯이 아파
내 맘 까지도 너 하나 뿐이었는데
더는 내곁에 우리란건 없는데
바 보처럼 웃고있죠
바 보처럼 웃고있
나 이 제 너를 지울수 있어
바 보 처럼 웃고있죠
바 보 처럼 웃고있죠
나 더 는 아무렇지 않아
바 보 처럼 웃고있죠
바 보 처럼 웃고있죠
나 이 제 모두 지울수 있어
바 보 처럼 웃고있죠
바 보 처럼 웃고있죠
나 더는 기억나지 않 ㅡ 아

Romanization
Neo ran sa~ram do i reot ge
Dasi tto nareul tteo nane
Nae seo~tun sarangi neol tteona bonaedo
Geu jeo naneun geu ja~rie
Babo cheoreom utgoitjyo
Babo cheoreom utgoitjyo
Na ije neol jiulsu isseo
Babo cheoreom utgoitjyo
Babo cheoreom utgoitjyo
Na geu dael bonaeya hagetjyo
Neo ran saram na reul tteonaga
Nae mameun michildeusi apa
Nae mam kkajido neo hana ppunieonneunde
Deoneun naegyeote urirangeon eomneunde
Babo cheoreom utgoitjyo
Babo cheoreom utgoitjyo
Na i je neoreul jiulsu isseo
Babo cheoreom utgoitjyo
Babo cheoreom utgoitjyo
Na deo neun amureochi anha
Babo cheoreom utgoitjyo
Babo cheoreom utgoitjyo
Na i je modu jiulsu isseo
Babo cheoreom utgoitjyo
Babo cheoreom utgoitjyo
Na deoneun gieongnaji anta

Translation
Someone like you always like this
You leave me again
Even my painful love already send you away
I’m still standing at the same place
I’m smiling like a fool, I’m smiling like a fool
I can forget about you now
I’m smiling like a fool, I’m smiling like a fool
I will have to let you go
Because of a person like you who left me
My heart hurts like crazy
In my heart, there is only you
Now, there is nothing between us anymore
I’m smiling like a fool, I’m smiling like a fool
I can forget about you now
I’m smiling like a fool, I’m smiling like a fool
I don’t care anymore
I’m smiling like a fool, I’m smiling like a fool
I can forget about everything now
I’m smiling like a fool, I’m smiling like a fool
I don’t want to remember any of it anymore


Sofaz - Sesuatu yang berbeza






Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan diri mu
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini
Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini



Saturday 28 July 2012

Kegilaan BIGBANG di Malaysia

Salam Ramadhan to eberiwan!! 

Ingat tak aritu saya ada buat entry pasal kedatangan 
Bigbang ke Malaysia
 dan pembelian tiket konsert diorang yang bakal diadakan 
pada 27 Oktober 2012 nih? 
Kalo tak ingat klik sini. 

Kegilaan beramai-ramai..Bigbang is coming!!!! 

Pada 27 July 2012 (Jumaat) baru2 nih, iaitu sehari sebelum tiket konsert Bigbang akan dijual kepada orang awam dan sebilangan besar daripada diorang dah mula beratur di hadapan Fahrenheit88, Bukit Bintang sejak jam 11 malam  bersamaan 22 jam sebelum jualan tiket dilancarkan iaitu 28 July 2012 (Sabtu). Hebat tak? Belum start konsert lagi..dah gile babang mcm tuh. Tak cukup ngan tuh, ada lagi VIP tegar Bigbang yang dah mula beratur seawal 12 tengah hari (Jumaat). So, makan tido..lunch..toilet..solat...buka posa sume nya kat situ. Memang kegilaan!! 

Dan pada hari jualan iaitu ari pada hari sabtu yang hening telah bertukar kepada sabtu yang bising kerana seramai 3500 orang VIP gigih dan tekun beratur semata-mata nak jadik individu terawal yang beli tiket sulung kedatangan Bigbang di Malaysia nih. Maka, rekod telah tercipta apabila sebanyak 95% tiket habis dijual dalam hanya beberapa jam saja sejak kaunter di buka pada jam 10.30 pagi.

Memang kegilaan kerana sebanyak 600 tiket paling mahal dalam kategori VIP (RM688) telah habis dijual dalam masa 30 minit jer ok. Wow...kaya betol orang Malaysia. Ekekekek!!! Tiket kategori RM588, RM488 dan RM388 habis di jual dalam tempoh 1 jam je.  Secara keseluruhannya, sebanyak 11,000 tiket telah habis dijual dan menjadikan sebagai rekod jualan bilangan terbesar tiket yang dijual dalam tempoh sehari untuk mana-mana konsert KPOP di Malaysia. Kegilaan Bigbang memang buat mata terbeliak serta mulut ternganga!!! 

Anggaran kos untuk konsert outdoor pertama seluruh Asia Bigbang nih ialah RM4juta. Sebanyak RM3 juta dilaburkan untuk pentas dan tenaga produksi terdiri daripada orang-orang professional seperti Laurieann Gibson yang pernah bekerjasama untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry. Cahaya lampu plak akan di uruskan oleh pereka yang handal iaitu Leroy Bennet yang pernah bekerjasama dengan Madonna, Paul McCartney, dan Eagles. Untuk sound engineering, Ken Van Druten akan berhampas pulas. Sapekah  Ken nih? Beliau pernah berkerjasama dengan Eminem, Jay-Z dan Linkin Park!

.
Bagi korang yang masih terasa nak beli tiket, hanya tiket RM 288. RM 198. RM 188 dan RM 98 je yang ada.. Bermakna..Duduk belakang la ko!!! Nampak Bigbang cam semut jer....keh3!! Aritu ramai yang tanya saya..saya pegi tak...jawapan nya...saya tunggu orang upload kt Youtube jeee....tak mampu oiiii....PTPTN pon belom bayar habes lagiiiii..uwaaaaa!!! 


Bigbang oiiii...


BIGBANG T.O.P.'s 180 Degree Personality Change on Running Man
Bigbang in Running Man show

I really wanna goooo!! But I can't!!!!!

 (T__________T)..

redhoo~





# Sumber:

Thursday 26 July 2012

Segmen: Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Sila Tonyoh banner nih...ekekeke

Segmen ni cam best je...tajuk pun comel ja kan. 
Syarat2 pun mudah. 
Slalu nya kebanyakkan segmen suruh like bukan2 ..malas kot...
tapi yang nih mudah, cepat dan tak banyak songeh. 
Korang di alu-alukan join eyh?
Untung-untung dapat pendrive.
Sapa nak bagi free je kan?
Yeahh~

Sesi menjawab soalan exam:

Kenapa aku terjah? 
Nak tengok la blogger len2 tuh dok cite pasal ape..
suke bace entry yang pelik-pelik dan cite yang kreatif..keh3
pastu suke tengok design - design blog yang comel dan mantap. 
Terjahan jugak sangat perlu untuk mencari tutorial. 
Boleh?

Kenapa aku folo?
Ini soalan permainan psikologi ok! 
Haruskah tanya soalan begini? 
Boleh tak jawab macam nih...
Sebab saya bukan anti-sosial xreti berkawan..kah3
Saya folo blog yang entry nye best je 
Saya folo orang yang folo saya..kih3
dan meramaikan sanak saudara kat alam maya nih. 
Boleh?


Sesi menge'tagged':














Wednesday 25 July 2012

Anda Pemalu? Sila download BETWEEN.



"ehh apehal awek die gemok aaa..baju cam badut sarkas je?" 

"apehal pakwe die cam jamban tak siap jer muke..."

"Alaa..perlu ke post hunny-b misshh u beri mashhh...geli ketiak haku"

"eleh pegi jalan2 mkan Tutti Frutti je pun, tu pon nak kecoh upload gambo bagai..hakk tuihh"


Korang terasa tak kadang-kadang nyampah ngan Facebook? Ade je orang nak stalker..pastu kalo ada upload gambo "loving2" sket, ada je mulut nak ngutuk dan nak jadikan bahan....pastu terus create group KAMI NYAMPAH AWEK KO YANG BURUK TU. tak pun KAMI NYAMPAH NENGOK COUPLE UPLOT GAMBO  MAKAN KAT TUTTI FRUTTI. Yang saya heran, ratusan ribu yang Like ..ekekeke! Mesti ada antara couple yang rasa cam segan silu untuk post atau share yang loving2 kt FB tuh kan? 

Jika korang tak nak jadi mangsa bahan geng stalker kat laman sosial, dan inginkan privasi dalam hubungan korang melalui media, silalah download BETWEEN, ia adalah software untuk pengguna iPhone atau Android. Sapekah salah sorang dari Software Engineer nya> Jeng..jeng....jeng -----> Park Jae-Uk..Korean ok! Mengikut apa yang saya baca, antara servis nya ialah exchange pics,msgs,schedule tarikh2 penting dan voicemail melalui smart phone korang tuh untuk pasangan secara peribadi. Maka nya, makcik umah sebelah xtahu la ape yang korang share2 tuh....kih3!

  1. Activation - kedua-dua belah pihak memasukkan no tepon masing-masing selepas register. In case la korang clash *takmo la kan salah sorang boleh menghentikan servis dan semua data akan dipadamkan. Abes cita!
  2. Security - Application nih di lindungi password dan tidak ditawarkan lebih dua orang dalam 1 masa. So, nombor tepon awek/pakwe korang tuh xleh register dah dengan nombor skandel dia...ekekeke...kalo dia ada tepon laen xtau plak kan...camna?
  3. Language - 13 bahasa termasuk bahasa Korea, English dan Jepun. So far, sasaran utama adalah pengguna di negara Asia Timur kerana budaya diorang yang menyembunyikan percintaan daripada pengetahuan orang laen. Yeke camtu?
Macam mana? Ok tak..? Ingin penjelasan yang lebih lanjut, jom gooooooogleeee..tak pun pegi je kedai enpon suruh diorang install kan..abeh cita..hehe!

Thats all. Thanks for reading ya!

Jae Uk

# Sumber : Kosmo.com.my

Spontaneous Thursday #2: Ehe



Adakah chenta ku sudah beralih arah? *Puiiiii

T.O.P BIGBANG

Kesah Ramadhan Saya: Posa di rumah Vs Posa di Kampus

Dah nak masuk seminggu puasa kan? Sempat jugak la bersahur dan berbuka sekali kat umah ngan family. Sekali je la kan... *Untung la time tu.  

Hidup kita nih sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa iaitu umur..time budak-budak dlu boleh la puasa kat umah je ngan mak ayah kan. Bila umur dah 20++, takkan nak jadik cam budak-budak hingusan lagi kan? Mesti masing-masing dah keje..dah smbung blajo..adan ada gak yang da kawen. Meh sini saya share pasal betapa berbeza nya hidup ketika berpuasa di umah dan di kampus...


Puasa kat Umah:
Haihh..nak posa kat umah laaa
  • Alarm - Tak payah set alarm pun xpa laa..nak risau apa kan sebab automatik akan dikejutkan oleh mama. Kalo liat sangat nak bangun, mama duduk je atas saya nih. Boleh?
  • Menu - Tak payah pikir menu sahur / berbuka. Semua nya akan di urus kan oleh mama dan abah. Kalo diperlukan, abah akan suruh saya pegi je Bazar Ramadhan. Selalunya, saya jarang makan / beli makanan di Bazar Ramadhan...sebab? Mama masak sedap...kalah Chef Wan kau!!
  • Masa - Terasa masa tuh pendek je..Sebab masa terluang akan terisi dengan aktiviti tak berfaedah iaitu melayan ASTRO di TV. Kena plak cita tuh jenis HD, memang melekat la kat TV tuh oiii..
  • Duit poket - Serius duit poket yang mama n abah bagi x akan terusik. Nak beli apa sangat masa bulan puasa nih kan? Paling busuk pun pegi kedai beli garam. Tu pun sebab mama yang suruh.


Puasa kat Kampus:
  • Alarm - Nak mampos kalo wat2 lupa nak set alarm, nak-nak sedar je dari tidur..langit dah cerah. Subuh tah ke mana... teruk nya ! So, masa bulan puasa, alarm adalah kawan baek saya. Sampai kawan biik sebelah pun saya suruh set alarm. Haha! Sapa suruh berjiran ngan saya kan?
  • Menu - Topik yang sering bermain di minda! Mula la pikir nak ajak geng pegi terjah Bazar Ramadhan mana, nak beli apa. pastu alang2 dah beli juadah berbuka, beli skali la juadah untuk sahur. Pastu kena pastikan makanan tuh tak basi sampai sahur. (Penah simpan nasi ayam untuk sahur..skali basi daaaaa). Kalo x beli siap2, alamatnya...makan roti sapu planta lahhh!!!!
  • Masa - Selang 3 minit asyik nak check jam tangan pukul brapa. Kadang2 cam nak hentak je jam tangan nih pehal lembab sangat. Terasa cam setahun penantian.. *piirah! Tak pun check jam kat henpon kerna x percaya jam di tangan tuh. Walaupun keja melambak2, tapi tetap terasa lambat nya jam tuh nak gerak ke pukul 7. Bila jam tu dah tunjuk pukul 7...mula la segar bugar. 
  • Macam ni la kalo dah letih puas


  • Duit poket - Cepat ja abes, mana tak nya. P bazar suma nak beli..dah tau diorang masak xde la sedap mana, beli jugak! Saja nak dapat title pemenang yang beli makanan paling banyak di Bazar Ramadhan, Pastu hujung bulan mula la buat2 caring, call abah pastu tanya "abah sehat ke..rindu abah la..abah hensem...abah,adik nak duit poket lagi boleh?"







Itulaaaa kan... jangan harapkan mak bapak jerr..blajor la berdikari sama.. skang dah kena duk sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah. (Nasihat untuk diri sendiri..hehe). Bagi saya, apa yang paling best masa puasa ialah dapat berbuka dan sahur dengan mama ngan abah. Kalo abang saya lagi 2 ketol tu ada kat umah, lagi beshhh!! Sekarang nih? Berbuka posa ngadap laptop..sedih!

Take care korang. Selamat berbuka posa dan selamat bersahur ya?

Angry Bird puasa...haha!


Tuesday 24 July 2012

Wordless Wednesday #2 : Nak Berbuka dengan.....




Nak.. nak...
Agak2 kat bazar Ramadhan ada jual x?
Heh!

Sunday 22 July 2012

Selamat BerPosa Kawan2

Salam Ramadhan..


Di sini saya nak ngucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA. 
kepada:
1. Suma kengkawan + cekgu skola rendah saya - Sek.Keb Seberang Jaya II
2. Suma kengkawan + cekgu skola menengah saya - Sek.Men.Keb Seberang Jaya
3. Suma kengkawan + lecturer kolej saya - International Islamic College
4. Suma kengkawan + lecturer universiti saya - Universiti Utara Malaysia
5. Suma kengkawan bloggers saya
6. Suma kengkawan alam maya dan alam nyata saya

Selamat menunaikan ibadah puasa ye..
Jangan nak monteng2 plak hokey? 
Satu pesanan untuk korang, 
jangan makan makanan pedas masa sahur ok. 
Makanan pedas menyumbang kepada penyakit gastrik ketika perut kosong seharian. 

Menu sahur pilihan saya?

Nasi + Hotdog goreng + Kicap + buah + air milo + air kosong
atau
Cereal + susu + buah + air kosong

Menu korang plak? Hehehe



Wednesday 18 July 2012

Spontaneous Thursday #1: Dream House


The dream house of mine 
should be furnished with 
simple interior design and fresh colors 
Oh yeahh~



Tuesday 17 July 2012

K-POP VS M-POP: OMG


Di mulakan arini dengan menaip "KPOP chart" di ruangan Google..saja nak tahu kot ada lagu terbaru dari FT ISLAND kan..dan tetiba saya terjumpa link yang memaparkan M-POP...terus saya terpikir.. aikk ada ke menda macam nih? Cam mengarut je. Lalu saya membawak mouse comel berwarna oren nih jalan2 dan klik ke link M-POP tuh...perghhhhhhhhhhhhhh....terkezut + terbeliak bijik mata haku kottttt..apakah suma nih????? Rupa2 nya cita nih dah wujud lama..dan mcm mana saya bole x sedar kehadiran M-POP nih? Kyaaa!!! (-__-''!) Lambat loading betol aku nih.

Ok, Group pertama nih nama nye Gula-Gula.. mungkin di ambil sempena nama lagu LOLIPOP yang dinyanyikan oleh group KPOP terhot di Korea iaitu 2NE1 dan BigBang. Maybe in the future ada group yang bernama POPIA-POPIA..mana tau? Serius weyh, saya ingat poster nih hanya prank orang wat lawak bodo ke apa kan..tapi rupa2 nya group nih memang wujud. Pelik kita nih, kalo artis laki tunjuk dada kena banned dari TV..denda bagai, tapi bila artis pompuan pakai sexy sampai nampak habes gebu2...xkena banned plak.. Saham lagi pukul tinggi ada la. Sentap! Teringin jugak nak download lagu diorang atau nak tengok video klip kat Youtube..tapi mouse saya xnak gerak pulak kan! *Alasan.

Jelmaan Wonder Girls kah ini..? Apakah?

Nama group members pun KOREA habes
Group yang kedua nih nama nya 24:7. Kata nya dah tukar nama jadi Max 24:7. Tak tau lah apa maksud 24:7 kan..sebab konsep nye sama. Apa yang saya baca dari link nih, group nih membawak identity Malaysia iaitu menerapkan muzik tradisional dan ciri-ciri Melayu atau Malaysia dan diorang nih pandai menari. Menari tuh memang manjadi kelebihan la kan sebab kat Malaysia nih tak banyak artis yang mampu menari. Harapkan background dancer jerrr Yela adek-adek..... Takpe lah..tak kesah la kan..cuma gambo kat bawah tuh tak seswai la adek. Percubaan yang baek untuk menjadi unik...masih boleh diperbaiki. huk..huk! Sentap kali kedua!

Pose yg A+

Superjunior tengok nih nanges....
Saya antara orang2 yang meminati Kpop coz some of their songs is different with local songs. Bukan tak support lagu tempatan, saya dengar je..Juara Lagu setiap tahun tengok, siap sokong Anuar Zain (walaupun dinyanyikan oleh Jaclyn Victor, tetap nak kata Anuar Zain gak..keh3). Selain tuh, saya dengar jugak kan HOT.FM.. sapa tak support produk negara sendiri ye tak. (Patriotik sat). Tapi pabila fenomena MPOP nih...serius...terasa cam ada cecair nak keluar dari trakea nih. Apa yang saya nak kata kan, tak perlu lah copy paste dari Korea nun. Kita (Malaysia) ada identiti sendiri. Jadi diri sendiri kan lebih senang dikenali. Contoh paling senang, KRU ok je..feymes sampai benua laen. Begitu gak ngan Yuna..feymessss bukan maen lagi kat U.S nun..dia tak copy paste Beyonce pon. Sebab apa? They have their own identity. Tak kesah la nak minat Korea ke..minat Jepun ke..minat Sepanyol ke..minat Uganda sekali pun. tu hak individu kan? Di nyata kan sekali lagi, tak perlu lah copy paste..plagiarism tuh!! 

Ok lah, di harap entry saya kali ni tidak menyinggung perasaan sesapa kan. Hanya berkongsi rasa dan pendapat.. Hey yo!! Pinjam jap ayat Zizan, berdiri di atas bakat sendiri. Ada antara kamu2 d luar sana nak berkongsi? Jom!

Take care, tengs for reading. 

Haaa tengok...bebear nih dah marah.. keh3


# Image source : Google Image. Tengs Google




Wordless Wednesday #2: Can I have that house?





Monday 16 July 2012

ss4 - Secret Song For You

# Maseh menggunakan "aku" kerana belum keluar dari dunia monolog

Wargghhh... serius lagu nih masuk gila ngan mood aku skang nih... Sedap suara budak nih. Budak ke? Xtau sapa penyanyi ni in person. Aku terjumpa lagu nih masa ngah blogwalking..terus aku download and search lirik dia. Mengikut apa yang bloger lain dah tulis, lagu nih dinyanyikan oleh budak melayu. Sedap English dia...MUET band 6+++ kot? Untong laa.. Bagus gak bole blogwalking nih..banyak jumpa benda baru. Haha! Jom dengar..

Tah eyh..macam kena je gambo ngan lagu....

Secret Song For You

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I’ll never stop thinking of you
How can I forget all that
When you’re the one
Who make me smile
 you’ll always be a part of me
How I wish you were still mine

Never will forget the day
How we’ve met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here
I know it’s me who said goodbye
And that’s the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you

For all the things I’ve done and said
For all the hurt that I’ve caused you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn’t what I meant to do

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I’ll never stop thinking of you

How can I forget all that
When you’re the one
Who make me smile 
you’ll always be a part of me
How I wish you were still mine



Nah..sila donlot...x rugi dengar
http://www.4shared.com/mp3/8fyppgsB/ss4you_-_Secret_Song_For_You.html


Serabot nya kepala otak HAKU...

# Saya menggunakan "aku" kerana saya sedang bermonolog dengan diri sendiri...


Haishh.... serius...serabut nya kepala otak aku memikirkan apa yang terjadi sejak dua menjak nih. Kadang2 bila pikir balek, memang aku yang bersalah. Aku x patut mula kan semua ni...Aku x patut mensia-sia kan peluang kedua yang orang dah bagi untuk aku...macam mana...apa yg patut aku buat sekarang ni..yang aku nampak, aku dah x boleh patah balek...aku dah x boleh nak putar masa. Walaupun seribu ucapan MAAF..rasa nya belom mampu untuk menyelesaikan masalah aku nih. Aku cakap salah, x cakap lagi salah. Selama nih aku hanya lebih banyak diam kan diri dari berkata-kata. Sebab setiap kata-kata aku hanya di salah erti kan. Semua nya aku pendam kat dalam hati aku dan x ada sesapa yang tahu apa yang sedang aku hadapi sekarang nih. Aku dah x bole nak cerita kan sapa2 sebab aku dah x bole percaya sesiapa. Orang hanya nak jadi kan cerita aku sebagai BAHAN MULUT diorang je...bukan nak tolong aku selesaikan masalah. Salah satu sebabnya jugak aku terminate Facebook aku. Terlalu ramai yang pretending to care but the real thing is they don't give a damn what is really happening to me....


Tanggung semua nih sorang2 memang tekanan nak mampos, tapi being like this is lebih selamat ...i guess? Kat luar memang aku mampu tersenyum dan mampu bagi nasihat kat roomate aku sekarang (Fatin) tapi jauh dalam hati kecil milik aku nih, sentiasa xtenang. Pernah jugak aku terpikir nak larikan diri...tapi hanya orang bodoh jer yang pikir macam tuh. Aku masih pikir mama ngan abah yang selalu bagi sokongan untuk aku meneruskan cita-cita aku yang tinggi tu. Betapa telus nya kasih sayang mama ngan abah kat aku. Depan diorang, aku xpernah menunjukkan sebarang masalah yang aku tanggung. Aku xnak diorang risau. 



Haihh...how i wish this would never happened and I would never exist. Cita-cita aku tinggi dan aku dah plan apa yang aku akan buat di masa depan. Boleh kah aku pergi sejauh itu.... mampu kah aku harung semua ni... Patutkah aku tipu diri aku sendiri demi menjaga hati orang lain? Memang xda sesiapa yang bole tolong aku walopon aku hire seorang peguam. Yang mampu aku buat sekarang, hanya menadah tangan tangan ke langit dan bersujud kepada yang MAHA MENGETAHUI... 

Hurmm...time jiwa kacau nih kalo pekena kek pun style gak kan..??
Mana nak cari kek....



Always me,
Ribena







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...