DUWET KAWEN

Wednesday 4 July 2012

Rawatan Dr.Jism

Pernah dengar x pasal rawatan Dr.Jism Al-Jabbar nih? Masuk hari nih, dah 2 kali saya pergi melakukan rawatan Dr.Jism. Kebetulan pusat rawatan Dr.Jism dibuka di Pusat Islam, UUM. Saya pergi pun sebab Kak Mah (jiran ofis saya) yang ajak pergi. Tengah cuti sem nih , x ramai student dan x banyak keje nak buat...maka..saya pun pergi je la kan..dari jadi penunggu kat ofis buat apa? Hehe.

Sumber Google Image. 


Serba sedikit Info tentang Dr.Jism:

Dr.Jism adalah produk keluaran Al-Jabbar Group yang berupaya merawat penyakit dengan membantu kelancaran peredaran darah menggunakan getaran elekrostatik sebanyak 60 kali sesaat. Dengan ini saluran darah dibersihkan dan xde lagi dah darah tersumbat dalam saraf. Saya sebenarnya xpasti pun saya ada penyakit apa..so saya cuba je..mana tahu kan kot2 ada penyakit tersembunyi...ceh!

Antara penyakit yang bole dirawat adalah seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang, stroke, susah tidur malam, batu karang, gout, asma, migrain, haid xteratur, buasir, sengugut, sakit lutut, lenguh2 dan kebas. Tapi sebelum tu saya diberitahu, pengidap penyakit perempuan (contohnye breast cancer, serviks cancer) atau perempuan mengandung tak bole ikot rawatan nih. Hah!! Jangan maen redah ja..!! Masa duduk kat kerusi rawatan tuh, semua barangan elektronik atau yang ada bateri xbole ada di badan kita. Termasuk lah handphone, tab, laptop, jam tangan, jam loceng, psp...gameboy.mcm2 lagi lah yg ada bateri.

Selepas sejam rawatan tuh, kesannya terhadap saya ialah sangat mengantuk dan payudara sebelah kanan terasa sakit. Nak tarik nafas pun susah..macam sakit penat. Saya pun selidik la dari adik yang jaga kaunter tuh, dan ini adalah keputusannya:

1.Mengantuk adalah disebabkan badan terlalu banyak asid 
(saya makan asid kah?).

2.Sakit payudara sebelah kanan, adik tuh cakap 
"errr...saya xtahu la yg tu kak... "
(pulak dah..abes tu camne?)

3.Susah tarik nafas, adalah disebabkan penyakit berkaitan jantung...wuwuwuwuwuwuuuuu!!!!!


Rawatan nih kena buat 10 kali, baru penyakit bole sembuh...so..next week bole pegi lagi. Okeyh? Lalalalala~ Sape2 yang duduk berdekatan dengan UUM, meh lerrr sama2 wat rawatan. RM5 sejam!




# Saya bukanlah agen dr Al-Jabbar Group atau pekerja di pusat rawatan Dr.Jism. Saya hanyalah customer yang ingin berkongsi pengalaman menjalani rawatan. Harap Maklum.

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan silalah:

1. Layari www.aljabbar.net atau http://drjism-aljabbarhealthcare.blogspot.com

2.  Hadir ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...