DUWET KAWEN

Showing posts with label apakah. Show all posts
Showing posts with label apakah. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Err..saya blom register, camne nak start research?


Mampu kah baca?
Warghhhhhhhhhhhhh~~~!!! Sebenar nya nih entry semalam yang bertarikh 14.08.2012 tapi tak sempat nak publish..Ok, mengikut tarikh saya register untuk Master by Research adalah pada 29.08.2012 bermakna lambat lagi la kan. So, saya langsung la tak sentuh research untuk Master saya tuh. Saya lebih menumpukan tugas2 RA yang berlambak-lambak sampai penuh meja saya nih dengan paper!! Haihh...entah dah berapa banyak pokok habes kena tebang untuk paper research nih kan. Tangan kiri pegang laptop, tangan kanan pegang PC. Multi-tasking!!

Pasal Master saya pulak, proposal suma dah ada cuma belom extract jadi yang 4 chapter tuh lagi. Yela ... semestar kan start September nanti..nak kalot watpe? Then tetiba Supervisor saya yang anggun tu call saya, suruh saya datang jumpa dia di opis. Ingat kan beliau nak kasi duwet raya..harapan!

Dengan slumber nya beliau cakap:

Beliau: OK, Esok pagi awak bawak Gantt Chart awak eyh? Saya nak tengok apa plan awak untuk Master  awak and research awak tuh. (Muka Slumber)

Saya: Errrr... Prof, saya tak buat lagi. Kan semestar start bulan 9..and saya belom register sbg student master. Boleh ke start research dah?

Beliau: Tak perlu tunggu2 buang masa buat apa? (ayat sentap).. saya nak awak habis kan master 1 tahun setengah.

Saya: Bukan 2 setengah tahun ke Prof?

Beliau: Cepat habis, cepat sambung phd. (phd pulak? mampos aku...). Awak nak jadi Dr. tua ke? (Ayat sentap kali kedua). Esok saya nak tengok gantt chart. Takpun petang nih kalo awak dah siap buat.

Saya: (Adehhhh) Ehhh....esok pagi ye prof. Bagi saya google dulu apa yang patut...(T__T)

Beliau: OK. (Senyum puas). Januari 2013 awak defense proposal ok!

Saya pun mengangguk faham lalu mengemas2 fail dan terus mintak izin nak blah. Tetiba jugak supervisor saya cakap

Perlukah aku jadi burung hantu?
Beliau: Ohh ye. Kalo dah buat master dgn saya, saya taknak awak keja part time. Kalo saya dapat tahu. Siap awak. UUM ni kecik je.

Saya: (Senyum redho~). 


Dan malam saya di penuhi dengan aktiviti buat gantt chart. Bukan senang nak plan. Lepas bukak puasa..sampai la nak sahur, benda tu la yang saya ngadap. Kelas Research Methodology pon saya belum masuk lagi. Macam mana saya nak plan? Naseb baek ada Pakcik Google yang sering menolong di saat-saat genting~~!!! Argghhh~!!!

OMG!!!!! Begini kah rasa nya wat research? Begini kah rasa nya bekerja dengan legenda di Fakulti nih? Redho~

Hooo...hoooo..(Bunyik burung hantu)

Kepada Awak

Surat Alam Maya untuk Awak

Hye awak, awak sehat tak? Saya tahu awak sehat jer..sebab awak selalu senyum dan ketawa. Tapi tak tahu lah kalau senyum dan ketawa tu dah memang hobi awak kan? 

Awak tahu tak,setiap kali awak ada kat depan mata saya...bibir saya terkunci..bagaikan orang bisu..saya hanya mampu mengatakan betapa saya gembira hanya dari sinaran yang terpancar dari mata saya. Betol...tak tipu...mata saya bersinar macam spotlight tau!! 

Awak tahu tak, tak salah nak main hujan. Tapi hujan tu boleh buat awak demam. Lain kalI bawak la payung.  Kalau saya dekat, saya boleh pinjam kan payung purple saya tu. Tapi saya jauh....saya jauh...

Awak tahu tak, setiap kali saya dengar suara awak, saya rasa dunia nih tak perlu kan muzik... suara awak sudah cukup buat saya terhibur..bagaikan alunan yang indah untuk telinga saya....Serius, suara awak comel..comel macam awak jugak. 

Awak tahu tak, sebenar nya dah banyak puisi saya tulis untuk awak. Saya ni bukan orang Seni Sastera. Saya benci belajar Sastera kat sekolah..dan saya benci jawab soalan Penulisan masa sekolah dulu. Saya cepat mengantuk kalau baca novel. Tapi saya tak tahu la kan, entah kuasa apa yang awak guna...saya berjaya bermain dengan bahasa..hanya kerana awak. Rasanya macam nak karang novel kisah tentang awak. Tapi saya risau takde sape pulak yang nak membeli novel tu nanti. Rugi la kan awak.

Ok la awak...jaga diri. Raya nanti datang rumah tau. Kuih raya kat umah saya tuh semua saya buat sendiri. Tak maen la beli-beli kat kedai. Heee~




Wednesday, 1 August 2012

Muzium Teddy Bear di Korea? Ayuhh~!!!


Annyong againnn to eberiwan..posa tak ari nih? 
Sehat tak? 

Kenal tak sapekah Teddy Bear? 
Kalo x kenal, korang golongan alien bermata 8!! 

Alolohh..comey depa
Nama teddy bear di ambil sempena nama presiden  Amerika ke-26 iaitu Theodore Teddy Roosevelt. Ada sejarah pasal cite nih tapi cite len kali lah eyh? Sebab arini nak cite pasal muzium je.. ekekekke!!!

Entrance
Terdapat 1 tempat menarik di KOREA nun (entah bila laa buleh dapat p..PTPTN x setel lagi..helppp!!!).  Selalu nya kalau sebut Korea, orang asyik cakap pasal K-POP, Seoul dan Pulau Jeju kan? Hah, ada apa sangat kat Pulau Jeju tuh? Setakat pantai pokok2...Malaysia pun banyak aihhh!! 

Kat Malaysia (Penang) kita ada Toy Museum kan...manakala di Korea (Pulau Jeju dan Seoul), diorang ada Teddy Bear Museum ok. Kat muzium segala jenis teddy bear ada. 

Muzim nih pertama kali nya di buka pada 24 April 2001. Kat muzium nih, di pamerkan segala jenis teddy bear yang dari sekecik-kecik alam hingga la ke sebesar-besar alam...besar bangunan tak la kan? 

Pameran teddy bear nih bukan sekadar letak jadi tatapan awam. Namun, kesemua teddy bear tersebut disusun mengikut kronologi peredaran zaman sejarah serta kebudayaan kat negara Korea tuh. Ada penceritaan pada setiap susunan teddy bear tuh! Malah teddy bear dari zaman dulu-dulu hinggalah teddy bear terkini dan termahal iaitu rekaan Louis Vuitton yang bernilai 226 juta won..convert duit RM.....emmm.....lalalala... convert sendiri eyh? (Matematik nih payah sket..ekekekek!! ). 
Bisik-bisik apa tuh?

Unik gak kan muzium camnih. Saya rasa cam nak buat muzium mini teddy bear plak tapi kat dalam bilik tidur je laaa...keh3..!!!

Kalo korang pernah tonton Korean Drama yang bertajuk Princess Hours, ada 1 episod diorang shoot kat dalam muzium nih. Selain tuh, kalau korang layan Running Man, cuba tengok episod 53 kalo tak salah saya la kan. Misi nya diorang kena cari pelbagai jenis teddy bear yang dikehendaki. 

Nak cite lebih-lebih, saya belum pernah pegi sana lagi kan. Kang orang cakap saya nih kecoh pulak. Tapi ada menyimpan keinginan untuk pegi ke sana..Insya Allah. Ada tak nak ikot? Boleh menabung bersama. Bagi yang dah penah pegi, meh lerr share-share pa yg patot..hehe!

So kalo korang nak tahu dengan lebih lanjut.. rajin-rajin kan lah Google dengan sebaik mungkin...jangan asyik Google gosip retis je eyh? Hehe~~!!

Jom kita tengok gambar-gambar yang saya dapat dari Pakcik Google..
Teddy bear termahal Louise Vuitton


'Mona Lisa' di teddy bear kan

'Elvis' di teddy bear kan..ekekek

Teddy bear jual-jual coklat..err yang kanan nih buatpa nih??!! Haishh~

Hah, camna? Nak pegi tak?
Saya mesti la nak....
(tapi tabung masih penuh dengan syiling)
Haha..thanks for reading.
Take care and do leave a comment
bye~

Tuesday, 31 July 2012

Ada apa dengan nama-nama Korea?

Annyong eberiwan!!! 

Kebanyakkan orang KOREA mempunyai nama yang terdiri daripada nama keluarga di depan dan di ikuti ngan given name. 


Contoh nya LEE HONG KI
Lee = Surname / family name, Middle Name atau Given Name = Hong Ki


Dalam bahasa Korea (Hanguel), 이름 'iruem' dan 성 명 'seong-myeong' nih merujuk kepada family name dan given name. Terdapat 250 family names yang orang-orang Korea ni guna dan yang family names yang paling kerap digunakan ialah Kim, Lee dan Park. Boleh dikatakan separuh dari populasi masyarakat Korea terdiri daripada nama-nama tuh. Kalau mengikut western way, setelah perempuan berkahwin dengan lelaki..si perempuan akan menukar nama keluarganya kepada nama keluarga si lelaki kan? Tapi bagi masyarakat Korea, si perempuan perlu mengekalkan nama keluarga diorang. Cuma apabila mereka dah ada anak, nama anak perlu mengikut nama keluarga si suami tuh. Ini adalah berkenaaan dengan kepercayaan diorang bahawa mereka mewarisi ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Teringat dulu masa saya belajar dalam Kelas Bahasa Korea, 선생 seon-saeng-nim (Teacher Jun Sang) saya tuh susah sangat nak pronounce nama saya. Sebab kat dalam kelas tuh hanya ada 3 orang je student berbangsa Melayu. So, 선생 suruh kitorang ni translate maksud nama kitorang dalam bahasa English dan dia akan bagi nama Korea untuk kitorang. Maka nya,  nama Korea saya ialah No Sang Ae yang bermaksud Cahaya Kasih Sayang. Hahh...kasih sgattt~ Sampai sekarang nama tuh melekat kat saya terutama nya kawan-kawan yang berbangsa Cina. Diorang lebih ingat dan lebih senang panggil saya Sang Ae, instead of panggil saya Nurul. Hehe...tapi saya suka orang panggil saya Ribena.. keh3.


Jom check nama Korea korang kat sini.
Sekadar suka-suka tau. Jangan ingat betul-betul pulak eyh?


Surname : Nombor terakhir dalam tahun kelahiran anda

- 0: Park
- 1: Kim

- 2: Shin
- 3: Choi
- 4: Song
- 5: Kang
- 6: Han
- 7: Lee
- 8: Sung
- 9: Jung



Middle name: Bulan kelahiran anda

- 1: Yong

- 2: Ji

- 3: Je
- 4: Hye
- 5: Dong
- 6: Sang
- 7: Ha
- 8: Hyo
- 9: Soo
- 10: Eun
- 11: Hyun
- 12: Rae



Name : Hari lahir anda

- 1: Hwa

- 2: Woo
- 3: Joon
- 4: Hee
- 5: Kyo
- 6: Kyung
- 7: Wook
- 8: Jin
- 9: Jae
- 10: Hoon
- 11: Ra
- 12: Bin
- 13: Sun
- 14: Ri
- 15: Soo
- 16: Rim
- 17: Ah
- 18: Ae
- 19: Neul
- 20: Mun
- 21: In
- 22: Mi
- 23: Ki
- 24: Sang
- 25: Byung
- 26: Seok
- 27: Gun
- 28: Yoo
- 29: Sup
- 30: Won
- 31: Sub
Farewell party Kelas Korea


Thanks for reading! Take care!




Saturday, 28 July 2012

Kegilaan BIGBANG di Malaysia

Salam Ramadhan to eberiwan!! 

Ingat tak aritu saya ada buat entry pasal kedatangan 
Bigbang ke Malaysia
 dan pembelian tiket konsert diorang yang bakal diadakan 
pada 27 Oktober 2012 nih? 
Kalo tak ingat klik sini. 

Kegilaan beramai-ramai..Bigbang is coming!!!! 

Pada 27 July 2012 (Jumaat) baru2 nih, iaitu sehari sebelum tiket konsert Bigbang akan dijual kepada orang awam dan sebilangan besar daripada diorang dah mula beratur di hadapan Fahrenheit88, Bukit Bintang sejak jam 11 malam  bersamaan 22 jam sebelum jualan tiket dilancarkan iaitu 28 July 2012 (Sabtu). Hebat tak? Belum start konsert lagi..dah gile babang mcm tuh. Tak cukup ngan tuh, ada lagi VIP tegar Bigbang yang dah mula beratur seawal 12 tengah hari (Jumaat). So, makan tido..lunch..toilet..solat...buka posa sume nya kat situ. Memang kegilaan!! 

Dan pada hari jualan iaitu ari pada hari sabtu yang hening telah bertukar kepada sabtu yang bising kerana seramai 3500 orang VIP gigih dan tekun beratur semata-mata nak jadik individu terawal yang beli tiket sulung kedatangan Bigbang di Malaysia nih. Maka, rekod telah tercipta apabila sebanyak 95% tiket habis dijual dalam hanya beberapa jam saja sejak kaunter di buka pada jam 10.30 pagi.

Memang kegilaan kerana sebanyak 600 tiket paling mahal dalam kategori VIP (RM688) telah habis dijual dalam masa 30 minit jer ok. Wow...kaya betol orang Malaysia. Ekekekek!!! Tiket kategori RM588, RM488 dan RM388 habis di jual dalam tempoh 1 jam je.  Secara keseluruhannya, sebanyak 11,000 tiket telah habis dijual dan menjadikan sebagai rekod jualan bilangan terbesar tiket yang dijual dalam tempoh sehari untuk mana-mana konsert KPOP di Malaysia. Kegilaan Bigbang memang buat mata terbeliak serta mulut ternganga!!! 

Anggaran kos untuk konsert outdoor pertama seluruh Asia Bigbang nih ialah RM4juta. Sebanyak RM3 juta dilaburkan untuk pentas dan tenaga produksi terdiri daripada orang-orang professional seperti Laurieann Gibson yang pernah bekerjasama untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry. Cahaya lampu plak akan di uruskan oleh pereka yang handal iaitu Leroy Bennet yang pernah bekerjasama dengan Madonna, Paul McCartney, dan Eagles. Untuk sound engineering, Ken Van Druten akan berhampas pulas. Sapekah  Ken nih? Beliau pernah berkerjasama dengan Eminem, Jay-Z dan Linkin Park!

.
Bagi korang yang masih terasa nak beli tiket, hanya tiket RM 288. RM 198. RM 188 dan RM 98 je yang ada.. Bermakna..Duduk belakang la ko!!! Nampak Bigbang cam semut jer....keh3!! Aritu ramai yang tanya saya..saya pegi tak...jawapan nya...saya tunggu orang upload kt Youtube jeee....tak mampu oiiii....PTPTN pon belom bayar habes lagiiiii..uwaaaaa!!! 


Bigbang oiiii...


BIGBANG T.O.P.'s 180 Degree Personality Change on Running Man
Bigbang in Running Man show

I really wanna goooo!! But I can't!!!!!

 (T__________T)..

redhoo~





# Sumber:

Wednesday, 25 July 2012

Kesah Ramadhan Saya: Posa di rumah Vs Posa di Kampus

Dah nak masuk seminggu puasa kan? Sempat jugak la bersahur dan berbuka sekali kat umah ngan family. Sekali je la kan... *Untung la time tu.  

Hidup kita nih sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa iaitu umur..time budak-budak dlu boleh la puasa kat umah je ngan mak ayah kan. Bila umur dah 20++, takkan nak jadik cam budak-budak hingusan lagi kan? Mesti masing-masing dah keje..dah smbung blajo..adan ada gak yang da kawen. Meh sini saya share pasal betapa berbeza nya hidup ketika berpuasa di umah dan di kampus...


Puasa kat Umah:
Haihh..nak posa kat umah laaa
  • Alarm - Tak payah set alarm pun xpa laa..nak risau apa kan sebab automatik akan dikejutkan oleh mama. Kalo liat sangat nak bangun, mama duduk je atas saya nih. Boleh?
  • Menu - Tak payah pikir menu sahur / berbuka. Semua nya akan di urus kan oleh mama dan abah. Kalo diperlukan, abah akan suruh saya pegi je Bazar Ramadhan. Selalunya, saya jarang makan / beli makanan di Bazar Ramadhan...sebab? Mama masak sedap...kalah Chef Wan kau!!
  • Masa - Terasa masa tuh pendek je..Sebab masa terluang akan terisi dengan aktiviti tak berfaedah iaitu melayan ASTRO di TV. Kena plak cita tuh jenis HD, memang melekat la kat TV tuh oiii..
  • Duit poket - Serius duit poket yang mama n abah bagi x akan terusik. Nak beli apa sangat masa bulan puasa nih kan? Paling busuk pun pegi kedai beli garam. Tu pun sebab mama yang suruh.


Puasa kat Kampus:
  • Alarm - Nak mampos kalo wat2 lupa nak set alarm, nak-nak sedar je dari tidur..langit dah cerah. Subuh tah ke mana... teruk nya ! So, masa bulan puasa, alarm adalah kawan baek saya. Sampai kawan biik sebelah pun saya suruh set alarm. Haha! Sapa suruh berjiran ngan saya kan?
  • Menu - Topik yang sering bermain di minda! Mula la pikir nak ajak geng pegi terjah Bazar Ramadhan mana, nak beli apa. pastu alang2 dah beli juadah berbuka, beli skali la juadah untuk sahur. Pastu kena pastikan makanan tuh tak basi sampai sahur. (Penah simpan nasi ayam untuk sahur..skali basi daaaaa). Kalo x beli siap2, alamatnya...makan roti sapu planta lahhh!!!!
  • Masa - Selang 3 minit asyik nak check jam tangan pukul brapa. Kadang2 cam nak hentak je jam tangan nih pehal lembab sangat. Terasa cam setahun penantian.. *piirah! Tak pun check jam kat henpon kerna x percaya jam di tangan tuh. Walaupun keja melambak2, tapi tetap terasa lambat nya jam tuh nak gerak ke pukul 7. Bila jam tu dah tunjuk pukul 7...mula la segar bugar. 
  • Macam ni la kalo dah letih puas


  • Duit poket - Cepat ja abes, mana tak nya. P bazar suma nak beli..dah tau diorang masak xde la sedap mana, beli jugak! Saja nak dapat title pemenang yang beli makanan paling banyak di Bazar Ramadhan, Pastu hujung bulan mula la buat2 caring, call abah pastu tanya "abah sehat ke..rindu abah la..abah hensem...abah,adik nak duit poket lagi boleh?"







Itulaaaa kan... jangan harapkan mak bapak jerr..blajor la berdikari sama.. skang dah kena duk sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah. (Nasihat untuk diri sendiri..hehe). Bagi saya, apa yang paling best masa puasa ialah dapat berbuka dan sahur dengan mama ngan abah. Kalo abang saya lagi 2 ketol tu ada kat umah, lagi beshhh!! Sekarang nih? Berbuka posa ngadap laptop..sedih!

Take care korang. Selamat berbuka posa dan selamat bersahur ya?

Angry Bird puasa...haha!


Tuesday, 17 July 2012

K-POP VS M-POP: OMG


Di mulakan arini dengan menaip "KPOP chart" di ruangan Google..saja nak tahu kot ada lagu terbaru dari FT ISLAND kan..dan tetiba saya terjumpa link yang memaparkan M-POP...terus saya terpikir.. aikk ada ke menda macam nih? Cam mengarut je. Lalu saya membawak mouse comel berwarna oren nih jalan2 dan klik ke link M-POP tuh...perghhhhhhhhhhhhhh....terkezut + terbeliak bijik mata haku kottttt..apakah suma nih????? Rupa2 nya cita nih dah wujud lama..dan mcm mana saya bole x sedar kehadiran M-POP nih? Kyaaa!!! (-__-''!) Lambat loading betol aku nih.

Ok, Group pertama nih nama nye Gula-Gula.. mungkin di ambil sempena nama lagu LOLIPOP yang dinyanyikan oleh group KPOP terhot di Korea iaitu 2NE1 dan BigBang. Maybe in the future ada group yang bernama POPIA-POPIA..mana tau? Serius weyh, saya ingat poster nih hanya prank orang wat lawak bodo ke apa kan..tapi rupa2 nya group nih memang wujud. Pelik kita nih, kalo artis laki tunjuk dada kena banned dari TV..denda bagai, tapi bila artis pompuan pakai sexy sampai nampak habes gebu2...xkena banned plak.. Saham lagi pukul tinggi ada la. Sentap! Teringin jugak nak download lagu diorang atau nak tengok video klip kat Youtube..tapi mouse saya xnak gerak pulak kan! *Alasan.

Jelmaan Wonder Girls kah ini..? Apakah?

Nama group members pun KOREA habes
Group yang kedua nih nama nya 24:7. Kata nya dah tukar nama jadi Max 24:7. Tak tau lah apa maksud 24:7 kan..sebab konsep nye sama. Apa yang saya baca dari link nih, group nih membawak identity Malaysia iaitu menerapkan muzik tradisional dan ciri-ciri Melayu atau Malaysia dan diorang nih pandai menari. Menari tuh memang manjadi kelebihan la kan sebab kat Malaysia nih tak banyak artis yang mampu menari. Harapkan background dancer jerrr Yela adek-adek..... Takpe lah..tak kesah la kan..cuma gambo kat bawah tuh tak seswai la adek. Percubaan yang baek untuk menjadi unik...masih boleh diperbaiki. huk..huk! Sentap kali kedua!

Pose yg A+

Superjunior tengok nih nanges....
Saya antara orang2 yang meminati Kpop coz some of their songs is different with local songs. Bukan tak support lagu tempatan, saya dengar je..Juara Lagu setiap tahun tengok, siap sokong Anuar Zain (walaupun dinyanyikan oleh Jaclyn Victor, tetap nak kata Anuar Zain gak..keh3). Selain tuh, saya dengar jugak kan HOT.FM.. sapa tak support produk negara sendiri ye tak. (Patriotik sat). Tapi pabila fenomena MPOP nih...serius...terasa cam ada cecair nak keluar dari trakea nih. Apa yang saya nak kata kan, tak perlu lah copy paste dari Korea nun. Kita (Malaysia) ada identiti sendiri. Jadi diri sendiri kan lebih senang dikenali. Contoh paling senang, KRU ok je..feymes sampai benua laen. Begitu gak ngan Yuna..feymessss bukan maen lagi kat U.S nun..dia tak copy paste Beyonce pon. Sebab apa? They have their own identity. Tak kesah la nak minat Korea ke..minat Jepun ke..minat Sepanyol ke..minat Uganda sekali pun. tu hak individu kan? Di nyata kan sekali lagi, tak perlu lah copy paste..plagiarism tuh!! 

Ok lah, di harap entry saya kali ni tidak menyinggung perasaan sesapa kan. Hanya berkongsi rasa dan pendapat.. Hey yo!! Pinjam jap ayat Zizan, berdiri di atas bakat sendiri. Ada antara kamu2 d luar sana nak berkongsi? Jom!

Take care, tengs for reading. 

Haaa tengok...bebear nih dah marah.. keh3


# Image source : Google Image. Tengs Google




Monday, 16 July 2012

ss4 - Secret Song For You

# Maseh menggunakan "aku" kerana belum keluar dari dunia monolog

Wargghhh... serius lagu nih masuk gila ngan mood aku skang nih... Sedap suara budak nih. Budak ke? Xtau sapa penyanyi ni in person. Aku terjumpa lagu nih masa ngah blogwalking..terus aku download and search lirik dia. Mengikut apa yang bloger lain dah tulis, lagu nih dinyanyikan oleh budak melayu. Sedap English dia...MUET band 6+++ kot? Untong laa.. Bagus gak bole blogwalking nih..banyak jumpa benda baru. Haha! Jom dengar..

Tah eyh..macam kena je gambo ngan lagu....

Secret Song For You

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I’ll never stop thinking of you
How can I forget all that
When you’re the one
Who make me smile
 you’ll always be a part of me
How I wish you were still mine

Never will forget the day
How we’ve met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here
I know it’s me who said goodbye
And that’s the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you

For all the things I’ve done and said
For all the hurt that I’ve caused you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn’t what I meant to do

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I’ll never stop thinking of you

How can I forget all that
When you’re the one
Who make me smile 
you’ll always be a part of me
How I wish you were still mine



Nah..sila donlot...x rugi dengar
http://www.4shared.com/mp3/8fyppgsB/ss4you_-_Secret_Song_For_You.html


Serabot nya kepala otak HAKU...

# Saya menggunakan "aku" kerana saya sedang bermonolog dengan diri sendiri...


Haishh.... serius...serabut nya kepala otak aku memikirkan apa yang terjadi sejak dua menjak nih. Kadang2 bila pikir balek, memang aku yang bersalah. Aku x patut mula kan semua ni...Aku x patut mensia-sia kan peluang kedua yang orang dah bagi untuk aku...macam mana...apa yg patut aku buat sekarang ni..yang aku nampak, aku dah x boleh patah balek...aku dah x boleh nak putar masa. Walaupun seribu ucapan MAAF..rasa nya belom mampu untuk menyelesaikan masalah aku nih. Aku cakap salah, x cakap lagi salah. Selama nih aku hanya lebih banyak diam kan diri dari berkata-kata. Sebab setiap kata-kata aku hanya di salah erti kan. Semua nya aku pendam kat dalam hati aku dan x ada sesapa yang tahu apa yang sedang aku hadapi sekarang nih. Aku dah x bole nak cerita kan sapa2 sebab aku dah x bole percaya sesiapa. Orang hanya nak jadi kan cerita aku sebagai BAHAN MULUT diorang je...bukan nak tolong aku selesaikan masalah. Salah satu sebabnya jugak aku terminate Facebook aku. Terlalu ramai yang pretending to care but the real thing is they don't give a damn what is really happening to me....


Tanggung semua nih sorang2 memang tekanan nak mampos, tapi being like this is lebih selamat ...i guess? Kat luar memang aku mampu tersenyum dan mampu bagi nasihat kat roomate aku sekarang (Fatin) tapi jauh dalam hati kecil milik aku nih, sentiasa xtenang. Pernah jugak aku terpikir nak larikan diri...tapi hanya orang bodoh jer yang pikir macam tuh. Aku masih pikir mama ngan abah yang selalu bagi sokongan untuk aku meneruskan cita-cita aku yang tinggi tu. Betapa telus nya kasih sayang mama ngan abah kat aku. Depan diorang, aku xpernah menunjukkan sebarang masalah yang aku tanggung. Aku xnak diorang risau. 



Haihh...how i wish this would never happened and I would never exist. Cita-cita aku tinggi dan aku dah plan apa yang aku akan buat di masa depan. Boleh kah aku pergi sejauh itu.... mampu kah aku harung semua ni... Patutkah aku tipu diri aku sendiri demi menjaga hati orang lain? Memang xda sesiapa yang bole tolong aku walopon aku hire seorang peguam. Yang mampu aku buat sekarang, hanya menadah tangan tangan ke langit dan bersujud kepada yang MAHA MENGETAHUI... 

Hurmm...time jiwa kacau nih kalo pekena kek pun style gak kan..??
Mana nak cari kek....



Always me,
Ribena







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...